selamat datang ke cuma tekan

Posted: December 5, 2012 in all post

welcome to my blog .. hope korang gembira apabila membaca blog ni .. have fun ok

welcoming

zwani.com
SoloCyberCity tengok bawah tau..

Proses menjual cicak tokek ini bermula dengan hanya satu khabar angin yang mengatakan Cicak Tokek boleh mengubat HIV. Masyarakat kita yang memang terkenal dengan mempercayai skim cepat kaya, skim piramid dan segala macam skim lain pun akan mula percaya dengan khabar ini.
Maka berduyun-duyunlah orang yang mencari Cicak Tokek ini. Orang yang saya kenal pernah pergi sehingga ke Indonesia untuk mendapatkan Cicak Tokek. Orang Asli dikhabarkan meneroka hutan di Kelantan untuk mencari Cicak Tokek. Maka khabar angin ini tersebar luas dan seperti biasa, masyarakat kita mempercayainya.
Ok. Jadi bagaimana untuk membuat duit dengan cicak tokek ? Sangat mudah, saya akan mengajarkan anda bagaimana caranya. Saya akan mulakan dengan bagaimana pengasas khabar angin ini memulakan perniagaan ini.
Langkah pertama, pengasas ini akan membeli cicak tokek sebanyak yang mungkin. Mungkin pada waktu itu harganya hanya beberapa ringgit.
Langkah kedua, sebarkan khabar angin bahawa cicak tokek ini terbukti boleh mengubat HIV / AIDS. Anda tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Jika anda ingin lebih dipercayai, letak nama beberapa orang ‘mat salleh’ dengan panggilan Dr. atau Prof. di hadapan dan jangan lupa letakan juga nama universiti dimana kajian ini dibuat. Jika tak jumpa, pilih mana-mana nama tempat di UK, Amerika Syarikat atau Jerman dan letakkan perkataan Universiti dihadapan. Contoh : Universiti Gordon, Universiti Frankfurt.
Langkah ketiga, nyatakan bahawa harga cicak tokek ini bakal mencecah jutaan Ringgit. Duit dapat dibuat dengan cepat hanya dengan modal yang kecil.
cicak
Langkah keempat, orang berduyun-duyun akan tercari-cari cicak tokek ini di semua tempat. Kedai-kedai haiwan pun akan mula menjual cicak ini.
Langkah kelima, jual semua cicak tokek dalam simpanan anda.
Langkah seterusnya, goyang kaki dan pergi melancong….. sambil ketawa terbahak-bahak dengan kebodohan masyarakat kita.
Jual (baca: tipu) kepada orang pertama dengan harga RM 1000. Orang pertama akan jual kepada orang kedua dengan harga RM 5000, orang kedua akan jual kepada orang ketiga dengan harga RM 10,000….. dan begitulah seterusnya…..
Setelah cicak ini dijual pada 3 peringkat, anda sebenarnya telah terselamat daripada dikaitkan dengan skim ini.
Orang yang terakhir adalah orang yang akan tertipu. Biasanya harganya tidak akan mencapai jutaan Ringgit, tapi terdapat orang bodoh yang akan membelinya dengan harga ratusan ribu ringgit.
Anda sebagai orang yang pertama dapat RM 1000. Cukup sekadar anda jual 1000 ekor untuk menjadi seorang jutawan.
Modal : RM 10.00 x 10000 = RM 10,000
Jualan : RM 1,000 x 1,000 = RM 1,000,000
untung RM 990,000. Duit yang mudah.
Anda tidak perlu jual barang, tidak perlu buat promosi, tidak perlu menukar barangan yang rosak, tidak perlu buat pemasaran, tidak perlu buat promosi, tidak perlu mempunyai pekerja, tidak perlu mempunyai office, tidak perlu membuat pinjaman, tidak perlu membuat perakaunan dan tidak perlu buat apa, kecuali mendapatkan idea baru dan memulakan khabar angin.
Setelah berjaya dengan kaedah ini, anda boleh menukar dengan menggunakan produk lain. Inilah kaedah yang digunakan untuk menjual lintah dan cacing yang dikatakan kononnya dijual untuk dijadikan sebagai kosmetik di Jepun.

http://parents.sekolahmalaysia.com/

klik link ni

adakah korang sukakan lagu ni .. ni aku baru jerk dengo bulan ni dekat chart top 20 dekat chanel mtv

my skateboard idol:tony hawk

Posted: December 16, 2012 in all post

tony
haha .. sejak aku da dapat drop ramps yang besar aku rase macam nak jadi macam dia ni .. ye. pemain vert ramp.bila aku da pro .. aku nk menyertai x games kat shanghai . mesti gempakkan bila aku datat rase untuk bermain dekat vert ramps x games .. tapi sebelum tu aku akan pastikan yang aku da betul betul sedi untuk maen kat situ ..yelah.. kalo aku tak sedia nak wat macam mana .. sorry he kalo ni tak bagi korang maklumat ..aku tulis post ni sebab aku nk kongsi ngan korang idola aku dalam permainnan skateboard .. harap korang tak marah .. sorry ok ..

link game tron:discbattles

Posted: December 15, 2012 in all post

http://www.disneyxd.com.my/shows/tron/games/discbattle/

komik

Image  —  Posted: December 15, 2012 in all post

keburukan menonton televisyen

Posted: December 15, 2012 in all post

Televisyen merupakan sebuah media massa yang ditonton di seluruh dunia.Bagi setiap orang,tidak sempurna hidupnya tanpa televisyen.Namun menonton televisyen mempunyai beberapa keburukan.
Antara keburukannya,menonton televisyen boleh merosakkan mata.Ini kerana apabila kita menonton televisyen terlalu dekat .Oleh itu,menonton televisyen terlalu dekat mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri kita .
tv televisyen juga boleh mempengaruhi otak kanak-kanak yang menonton aksi-aksi ganas . Oleh itu,kanak-kanak yang terpengaruh tesebut mungkin akan mencuba aksi yang ganas yang ditontonnya .
Selain itu,orang yang menonton televisyen juga boleh terjebak dalam jenayah merogol dan sebagainya.Ini kerana,individu tersebut menonton filem yang mengandungi lucahdan tidak ditapis.
Membazir masa juga merupakan salah satu daripada keburukan menonton televisyen . Mereka yang asyik atau leka menonton televisyen akan terlupa dengan urusan penting dunia .Justeru,masa yang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti yang berguna akan dibuang begitu saja.
Oleh itu,janganlah kita terlalu taksub dan lalai ketika menonton televisyen . Banyakkanlah melakukan aktiviti yang berfaedah lagi bermanfaat.:)