jual cicak tokek pon leh kaya .. apa sebabnyanya ..

Posted: December 18, 2012 in all post

Proses menjual cicak tokek ini bermula dengan hanya satu khabar angin yang mengatakan Cicak Tokek boleh mengubat HIV. Masyarakat kita yang memang terkenal dengan mempercayai skim cepat kaya, skim piramid dan segala macam skim lain pun akan mula percaya dengan khabar ini.
Maka berduyun-duyunlah orang yang mencari Cicak Tokek ini. Orang yang saya kenal pernah pergi sehingga ke Indonesia untuk mendapatkan Cicak Tokek. Orang Asli dikhabarkan meneroka hutan di Kelantan untuk mencari Cicak Tokek. Maka khabar angin ini tersebar luas dan seperti biasa, masyarakat kita mempercayainya.
Ok. Jadi bagaimana untuk membuat duit dengan cicak tokek ? Sangat mudah, saya akan mengajarkan anda bagaimana caranya. Saya akan mulakan dengan bagaimana pengasas khabar angin ini memulakan perniagaan ini.
Langkah pertama, pengasas ini akan membeli cicak tokek sebanyak yang mungkin. Mungkin pada waktu itu harganya hanya beberapa ringgit.
Langkah kedua, sebarkan khabar angin bahawa cicak tokek ini terbukti boleh mengubat HIV / AIDS. Anda tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Jika anda ingin lebih dipercayai, letak nama beberapa orang ‘mat salleh’ dengan panggilan Dr. atau Prof. di hadapan dan jangan lupa letakan juga nama universiti dimana kajian ini dibuat. Jika tak jumpa, pilih mana-mana nama tempat di UK, Amerika Syarikat atau Jerman dan letakkan perkataan Universiti dihadapan. Contoh : Universiti Gordon, Universiti Frankfurt.
Langkah ketiga, nyatakan bahawa harga cicak tokek ini bakal mencecah jutaan Ringgit. Duit dapat dibuat dengan cepat hanya dengan modal yang kecil.
cicak
Langkah keempat, orang berduyun-duyun akan tercari-cari cicak tokek ini di semua tempat. Kedai-kedai haiwan pun akan mula menjual cicak ini.
Langkah kelima, jual semua cicak tokek dalam simpanan anda.
Langkah seterusnya, goyang kaki dan pergi melancong….. sambil ketawa terbahak-bahak dengan kebodohan masyarakat kita.
Jual (baca: tipu) kepada orang pertama dengan harga RM 1000. Orang pertama akan jual kepada orang kedua dengan harga RM 5000, orang kedua akan jual kepada orang ketiga dengan harga RM 10,000….. dan begitulah seterusnya…..
Setelah cicak ini dijual pada 3 peringkat, anda sebenarnya telah terselamat daripada dikaitkan dengan skim ini.
Orang yang terakhir adalah orang yang akan tertipu. Biasanya harganya tidak akan mencapai jutaan Ringgit, tapi terdapat orang bodoh yang akan membelinya dengan harga ratusan ribu ringgit.
Anda sebagai orang yang pertama dapat RM 1000. Cukup sekadar anda jual 1000 ekor untuk menjadi seorang jutawan.
Modal : RM 10.00 x 10000 = RM 10,000
Jualan : RM 1,000 x 1,000 = RM 1,000,000
untung RM 990,000. Duit yang mudah.
Anda tidak perlu jual barang, tidak perlu buat promosi, tidak perlu menukar barangan yang rosak, tidak perlu buat pemasaran, tidak perlu buat promosi, tidak perlu mempunyai pekerja, tidak perlu mempunyai office, tidak perlu membuat pinjaman, tidak perlu membuat perakaunan dan tidak perlu buat apa, kecuali mendapatkan idea baru dan memulakan khabar angin.
Setelah berjaya dengan kaedah ini, anda boleh menukar dengan menggunakan produk lain. Inilah kaedah yang digunakan untuk menjual lintah dan cacing yang dikatakan kononnya dijual untuk dijadikan sebagai kosmetik di Jepun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s